"Jalan-Jalan Carik Pasal" Cameron - Day 2

.
Sambung balik citer "Jalan-Jalan Carik Pasal" Day 2 plak

28 Julai 2007 - Day 2

Hari Kedua ni ingat nak kuar awal la jalan-jalan... hampeh... sumer bangun dah dekat kul 8.... sejuk giler punya pasal walaupun apartment tu takde ekon... dan dapat call yg mak & ayah aku & saira on the way dah kat bidor, dekat jeeeee...

Jom Jalan... Atuk, Nenek & Acu mana ni tak sampai lagik....

Kami kuar dari apartment dalam kul 9.45 camtu, tu pun selepas rushing giler-giler. Kami naik ke Brinchang dan naik lagi ke atas. Berenti sarapan kat Singgah Corner, dedekat ngan Vegetables Market yg kat Equatorial Hotel. Elok je abis sarapan, mak & ayah aku pun sampai, join kitaorg sekali ke lokasi lawatan yg seterusnya iaitu........

Ladang Teh BOH...!!!!!!

Ladang Teh BOH ni ada 2 sebenarnya.. 1 kat area antara Ringlet & Tanah Rata, dan 1 lagi kat atas dari Brinchang (Sungei Palas).. Yang kami pegi ni kat Sungei Palas laa.... Ni pun recommendation dari rumet. Jalan masuk dia punya la sempit, muat-muat 1 kete laaa. tapi ada gak kat area selekoh tu jalan dia besar, supaya senang time selisih. Masa kami on the way pegi (masuk), kete tak banyak lagik.. best la jalan terus je.. sampai kat parking pun baru ada 3-4 bijik kete jeee.

Wajib amik gambo, bukti ni dah sampai ladang teh

Kat ladang teh ni takde apa pun kalo ikutkan, cuma suasana lagi nyaman dan sejuk. Lagi satu sbb cameron ni famous ngan ladang teh, tu sbb la kene pegi gak ladang teh ni.. dan ada satu kilang teh kecik kat situ, so dapat la tgk macamana dorang proses daun teh dari warna hijau beso tu sampai jadi serbuk warna coklat tuh. Sambil tu bleh borong teh dgn rege la super murah... Macam macam teh ada, teh perasa strawberi, peach, buah-buahan, blueberi, vanila, teh-0-chino pun ada....

Camni la rupa daun teh kalo nak tau.

Bergambo dalam ladang teh, takde la tinggi sangat pokok teh tu, paras peha je kitaorg duk mencangkung tu yg nampak macam tggi... ehehehhe


Kami kuar dari ladang teh tu dalam kul 1 lebih camtu kot... Next location kami ke ladang teh Bharat @ Cameron Valley plak... yg ni tepi jalan besar jee, ada org yg nak beli teh Cameron Valley sbb katanya Teh BOH ni kat Kajang pun bleh dapat... ekekkeke

Cameron Valley Tea @ Bharat Plantations


Lepas tu kami terus gerak gi Rose Valley. Kaum-kaum hawa ni nak gi tgk bunga ros katanya. Kat Rose Valley ni nak masuk kene bayar... Rm4 sekepala dewasa & Rm2 sekepala kanak-kanak. Dalam tu memang banyak la bunga ros macam-macam warna.

Adusss... amik gambo lagik.. posing.. posing...

Memula ingat macam tak berbaloi je masuk sini, tapi bila dah lelama tu kira berbaloi gak la masuk sbb dia bukan ada bunga ros je... ada la berbagai-bagai spesis bunga lain lagi kat situ. Pokok epal pun ada tapi buah epal dia kecut je... pokok anggur ada tapi anggurnya takde.. pastu ada buah labu beso giler, kolam penuh ngan ikan Kap, dan juga pokok Tomato.

Ni la rupa pokok tomato. mesti korang tak penah tgk kan..

Huda merenung masa depan.. akakakkaka... takde la, dia suka sangat tgk ikan Kap sampai tanak balik..


Lepas Rose Valley, kami terus balik semula ke penginapan kami sbb dah dekat kul 4 dan perut dah lapar. Nasib baik la mama bawak nasi impit ngan rendang ayam, kami dok belasah tu je la ramai-ramai. Dan tak lupa juga kami buat sambutan Besday untuk... errrrrr aku....

Acara memotong kek.... eh eh, besday saper ni oiiiii...

Kek Besday Chocolate Indulgence beli kat Secret Recipe. Heheheh saper kata Cameron kuno.

Kalo nak tau berapa umur aku skang, kira je la lilin atas kek tu....

Malamnya pulak sekali lagi kami keluar pergi pasar malam kat Brinchang. Buat pengetahuan, kat Brinchang pasar malam dia 2 kali seminggu, iaitu setiap malam weekend. Kira jumaat malam sabtu, dengan sabtu malam ahad. Kali ni Ita borong bunga sampai penuh separuh bonet, baru rm30 jeee.... pastu beli sayur, beli t-shirt (lagik..?)... dan macam-macam laaa... dan yg penting beli makan malam.






0 comments: