GITN FC

GITN FC... Biasanya kalau ada FC belakang tu dah tentu la citer pasal bolasepak... biasanya la... ada gak FC yg tak berkaitan dgn bolasepak ie: Mawi FC.. (yaaakksss).. So, posting kali ni aku nak citer pasal team bola opis aku, GITN FC... Pasal apa aku nak citer, sbb team ni dah macam idop segan mati tak mau... Team bola ni dulu sangat la aktifnya... Tahun 2003-2005 tu bleh katakan selang 2 mggu sekali ada friendly game.... training plak setiap selasa & khamis kat Padang Merbok... Selalu masuk tournament (padahal ProCC Cup je la satu-satunya tournament yg masuk tetiap tahun). Buat friendly dgn customer (KTAK @ Padang UPM dan MAMPU @ Padang Poli PD). Iskk, citer banyak pon tak guna laaa.. hahhaha



Ni la antara barisan pemain GITN FC... ni hanya sebahagian.. sebab apa team ni dah tak aktif..? Sebab ada yg dah boroi, tak larat nak berlari... ada yg gi operate kaki, pastu takleh main (alasan)... Ada yg kontrak dah abis (bagi staff leasing).. Dan paling banyak, yg dah berenti & pindah tempat keje.... Tinggal la 2-3 org terkontang-kanting...

p/s : Dan aku rasa, GITN FC ni bolehlah di kompomkan, dah tamat dah riwayat dia...

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Skang ni kan musim Upin & Ipin... hehhehehe

Happy 7th Anniversary to us!

It's our 7th Anniversary...







Upin Dan Ipin - Episod 12 - Kisah Dan Tauladan

Rakan sekelas Upin dan Ipin tertanya-tanya tentang tangan Fizi yang berbalut. Fizi menceritakan apa yang berlaku malam sebelumnya. Cikgu Jasmin masuk ke kelas dan memulakan perbincangan tentang sebab dan ganjaran berpuasa. Kelas berkahir dengan mereka meminta maaf sesama mereka....


Upin Dan Ipin - Episod 11 - Lailatul Qadr

Upin dan Ipin belajar dari Opah tentang makna dan kepentingan Malam Lailatul Qadr. Mereka berdua telah berjanji yang mereka akan terus berada di dalam masjid selepas selesai solat tarawikh untuk membaca Qur'an dan berdoa, daripada bermain. Semasa tiba di surau, Ehsan dan Fizi mengajak mereka bermain mercun selepas solat. Bagaimanapun, Upin dan Ipin tetap ingin meneruskan rancangan mereka dan menunggu di dalam masjid. Sementara itu, bunyi mercun gegak gempita diluar.....


Upin Dan Ipin - Episod 10 - Tamak

Kak Ros membawa Upin dan Ipin ke Pasar Ramadhan. Sampai je kat Pasar Ramadhan, Kak Ros suruh mereka beli 1 jenis lauk je setiap seorang. Kesabaran mereka berpuasa diuji dgn berbagai hidangan ayam yang menyelerakan. Mereka juga bertemu dengan Mail, yang membantu ibunya di gerai menjual ayam goreng. Si kembar ni akhirnya membeli bermacam-macam juadah, semuanya ayam tetapi mampukah mereka habiskan hidangan itu..??


Upin Dan Ipin - Episod 9 - Adat

Upin dan Ipin berpuasa penuh setiap hari, tetapi tertanya-tanya kenapa cikgu mereka Cikgu Jasmin tidak berpuasa. Opah menyuruh Kak Ros untuk menerangkan kepada mereka mengapa orang perempuan di kecualikan dari berpuasa. Di waktu petang ketika mereka sedang bermain bersama kawan-kawan mereka, Opah telah meminta pertolongan Upin dan Ipin untuk menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Opah menerangkan tentang faedah bersedekah dan berbuat-baik di bulan Ramadhan kepada mereka. Apakah yang dibalas oleh Tok Dalang kepada mereka...?

Upin Dan Ipin - Episod 8 - Anak Bulan

Pernah terfikir bagaimana nak tahu bila Ramadhan akan bermula..? Apa tanda-tandanya..? Begitu juga Upin dan Ipin... Sedang mereka seronok menunggu kedatangan Ramadhan, mereka bertanyakan kepada kakak mereka Kak Ros, yang menerangan bulan Ramadhan atau bulan puasa bermula apabila nampak anak bulan. Teruja dengan apa yang mereka baru dengar, adik-beradik kembar berpakat untuk untuk melihat anak bulan pada malam nanti, yang pastinya tak seperti yang mereka harapkan....

Upin Dan Ipin - Episod 7 - Tadika

Setahun sudah berlalu, dan Upin dan Ipin sekarang dah masuk tadika di Tadika Mesra. Mereka telah berjumpa ramai kawan baru tetapi masih rapat dgn kawan baik mereka. Fizi dan Upin, masing-masing bermain bersama labah-labah (spider) yang mereka bawa, sehinggalah kedatangan Cikgu Jasmin mengganggu permainan mereka. Semasa kelas, Cikgu Jasmin mengingatkan mereka tentang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, membuatkan Upin, Ipin dan rakan-rakannya bercerita mengenai pengalaman puasa mereka tahun yang sudah.

Ubah Gaya Hidup...!!!!

Kene ubah gaya sampai tahap macam ni kot



atau macam nih... hehehehhehe




memang sempoi....

Petrol, Diesel, Letrik & PAK LAH....

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.

Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.

Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.



Apo dayo... motong gotah... Apo nak dikato....

Sekarang ni ramai yg dijangka terkena penyakit LELAH gara-gara mengundi PAKLAH... Takpe, PENAWAR dah ada, marilah kita ramai-ramai menyokong ANWAR

Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya prihatin serta membantu mengurangkan beban rakyat, bukan menjadi punca kepada beban rakyat. Paling penting jangan jadi munafik.... Undilah lagi PAKLAH....

Ya Allah Ya Tuhan kami, andaikata tindakan ini menzalimi rakyat jelata negara malaysia, Kau jatuhkanlah pemimpin2 yang zalim itu dari tampuk kuasa.

Aminnn


Percutian Keluarga

Esok kitaorg sekeluarga nak gi bercuti... saja nak bawak ayen & huda jalan-jalan... bukan jauh mana pun... pegi Tiara Beach Resort, Port Dickson jeee.... Memandangkan org umah dah beria-ia ajak, dan dah book pun Family Deluxe Suite kat sana, guna kredit kad dia dengan 50% diskaun, jadi aku pun ikut je laaaa... lagipun sempena kete dah dapat roadtax kan, setelah sekian lama menunggu...

Tapi yg menjadi masalah, aku telah bersetuju nak pegi padahal aku dah plan lama nak pegi tgk Match-of-the-season atau Clash-of-the-Table.... Selangor vs Kedah kat Stadium Shah Alam... bleh plak aku terlupa pasal game nih... dah la tu, pastu ada meeting Persatuan plak.... dah la aku yg kene inform AJK lain suh hadir, tapi aku lesap... wakakkakakaa....

So, berjumpa lepas aku bercuti nnt...


Yang Best, Yang Tak Best dan Yang Derhaka

Yang Best

Man Utd menang malam tadi... 3 bijik tu bantai liverpool.... bukan sikit tuh... Gol hasil jaringan Wes Brown (When United opened the door against Liverpool, the identity of the first scorer caught Carrick by surprise. "It was mad to see Wes (Brown) up there, I was a bit shocked it was him when the goal went in," - Michael Carrick),Ronaldo & Nani..... Mascherano kene kad merah, sbb bengap sangat... dan nampak Torres kene kuning sbb membantah keputusan pengadil, bleh plak dia lari dari tgh nak bantah.... amik ko obat, kene merah... hahahahha torres lak duk korek idung jeeee... dan van der sar plak duk kat goalpost, bukak laptop main CS... hahahhaaahah

Masuk opis dapat email dari HR... BONUSSSSSSSSS........ tapi tak tau la aku dapat berapa untuk appraisal...

dapat park kete kat P3... takyah bayo rm5 lagik...

Yang Tak Best

Chelsea kalahkan arsenal... aku kalo bleh nak dorang draw jeee.. ekekekekkeke

Badan tak sihat, rasa sakit2 je badan.... tekak pon sakit... rasa macam nak demam pon ada... rasa malas nak gi keje, tapi sbb nak ngutuk bebudak liverpool punya pasal, gagahkan je laaa... hahahahha (niat tak baik, patut ka demam)...

Jalan jammed giler.... masuk tol UPM, lepas je hentian Serdang dah sangkut... giler lama, dapat gak lepas tol Sg Besi 1 jam 30 minit selepas tuh...... elok je lepas tol sg besi, PLUS bukak pembahagi jalan.... aku pun U-Turn, sbb jammed sampai ke KL... bayangkan kalo dari tol UPM ke tol Sg Besi pon amik masa sejam setengah.... camna la agaknya dari tol sg besi nak ke desa waterpark..?? dah U-Turn tuh, masuk balik hiway, kuar kat tol UPM.... dari tol UPM ke Mid-Valley amik masa 15 minit je ikut BESRAYA.... demmm.....

PUNCA JAMMED... Terowong SMART ditutup...

Yang Derhaka

Bila ketua roket kuar statement suh boikot majlis anugerah bintang-bintang poplar kat negeri silverware sebab ketua roket tak setuju dgn penganugerahan ketua pelajar, org-org dalam parti Luk kata ketua roket derhaka pada sultan.... tapi bila ahli-ahli parti Luk boikot majlis anugerah yg sama kat negeri penyu, sebab tak suka dgn ketua pelajar yg dilantik oleh sultan, dikatakannya ketua pelajar derhaka pada parti Luk.... yg dorang ni tak sedar ke dorang DERHAKA pada SULTAN...

betul la pepatah melayu... "Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih"
dan bak kata TDM "Melayu mudah lupa"

Keputusan PRU ke-12

Mengejutkan...??

Hahahahha memang mengejutkan... Penyukat buruk gagal mempertahankan majoriti 2/3 dalam parlimen... dan paling best, 4 lagi negeri jatuh ke tangan Pembangkang (atau patut dipanggil kerajaan skang)... Kedah, Penang, Perak & Selangor dirampas.... N9 pon hampir2 jeee.... Kelantan berjaya dipertahankan....

Malam tadi tido lambat... bukak Malaysiakini, refresh setiap 3-5 minit sekali... tgk tv, kejap tukar 101, kejap 103, kejap 502, pastu tukar balik 103.... sampai la kul 4.30 pagi, layan bola Champions League pon tak camni taaaauuuu... sampai kesudah takde kuar pon keputusan untuk negeri Selangor....

Mata ngantuk lagi laaaaa.... hehehhehehhee

Pilihan Raya Umum ke-12

Hari ni PRU ke-12... aku kul 10pagi dah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yg mahukan perubahan... Hahahahah so, bagi la 0-2... Untuk parlimen bola golf jadi pilihan, untuk DUN bulan sabit kembar jadi taruhan... Penyukat buruk camtu org tak guna dah, skang semua pakai penimbang digital, siap bleh kuar harga lagi...

APA...?? undi adalah rahsia...?? errmm takde maknanyeeeeee... hehehehhehe

Aku Yang Malas

Lama aku tak update blog nih... Malas tul rasanya skang... Walaupun banyak masa yang boleh digunakan untuk update blog ni, tapi disebabkan kemalasan tahap dewa-dewi infiniti, masa yang banyak tu digunakan untuk aktiviti tak berfaedah seperti pegi kacau orang, layan Prison Break S3, Smallville S7 dan paling baru Lost S4....

Walau apapun, at least hari ni aku berjaya update blog ni.. hahhahahahaha

p/s : untuk QZ & Halim, Lost Season 4 dah kuar... kalo nak naik tingkat 31 Utara ek...


.....

Ephol Look-alike Meter

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph