"Jalan-Jalan Carik Pasal" Cameron - Day 1

.
Dah selesai pun "Jalan-Jalan Carik Pasal" aku kat Cameron. Ni bleh la citer apa aku buat kat sana.

27 Julai 2007 - Day 1

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12 tghari. Masuk Highway PLUS dan exit kat Simpang Pulai, sebab orang cakap jalan lagi luas dan ok serta kurang 'melingkau' berbanding jalan lama exit Tapah tuh....

Setelah 4 jam lebih, dekat 5 jam gak la (termasuk berenti lunch kat RnR Tapah), kami sampai kat TM Resort Cameron Highland. Pergghhh jalan Simpang Pulai - Cameron memang luas dan selesa, tapi JAUH... dari Smpg Pulai ke Tanah Rata je dekat sejam setengah perjalanan.

Ni la rupa sebenar TM Resort Cameron Highland


Hari pertama, memang takde aktiviti sangat la sebab sampai pun dah pukul 4.30 petang. Lepak je la kat Apartment 2 bilik tuh.

Huda kepenatan. Travel setengah hari (bukan dia drive pun, tido je sepanjang jalan)

View dari balkoni TM Resort. Takde aper pun. Bawah tu sekolah, nun di kejauhan tu masjid


Dalam pukul 6.30 camtu kitaorg keluar kejap nak survey pekan Tanah Rata (memang layak digelar pekan). Turun bawah sempat la bergambar kat garden TM Resort tu, sambil aku lepak borak-borak ngan guard, tanya la sikit-sikit tempat yg patut pegi padahal kat opis pon jenuh dah aku tanya rumet macam-macam (rumet dah pegi cameron beberapa bulan sebelum tuh)

Barisan passenger : Siti, Ayen, Huda, Ita, Ija & Mak

Gambar family wajib amik. (Glory Man United)


So, kitaorg gi la survey Tanah Rata, sambil carikan mak selipar atau lebih mulia lagi sandal. Sandal mak putus/koyak/tercabut (tak tau mana satu) masa naik tangga nak ke tingkat 4 apartment tuh. Lupa nak bagitau, bilik kitaorg kat tingkat 4, tingkat atas sekali dan tak ada lif, hanya ada tanggan. Mengah la panjat... kesiannnn mak...

Kat Tanah Rata, kami jalan-jalan carik pasal la. Survey kedai souvenir, kedai makan dan tandas awam (ayen tetiba nak kencing)

Depan kedai souvenir kat Tanah Rata. Amik gambar sebab suka sangat ngan bermacam souvenir berbentuk strawberi kat belakang tuh


Penutup untuk hari pertama, kami naik ke Brinchang. Ada pasar malam. Niat nak carik makan malam, tapi lain lak jadinya. Time tu la dorang ni nak carikan baju untuk bongah, ayah dan untuk diri sendiri.... WOIT!!! ni first day la, besok ada lagi, survey je dah la....

Parking kete kat depan Balai Polis Cameron Highland, Brinchang. Memang ada parking lot la kat situ......

Abis dah Day 1... Nnt sambung Day 2 plak....


0 comments: