Teman Pengganti





Ketawa bersama,
Menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita,
Mati pun bersama.


Sejak dua menjak ini,
Makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik, juga bila mimpi,
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi,
Sentuhan katanya semua kau iakan,
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan,
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.


Beberapa purnama dulu cinta bertakhta,
Kenangan dibina kita indah belaka,
Ketawa bersama, menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama,
Namun hakikatnya, bukan mudah,
Aku sembunyikan gulana gundah,
Segalanya kan berubah,
Dengarkan apa yang ku mahu luah.


Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,
Kita tak terlepas dari terkena tempias,
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias,
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas,
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,
Bila dunia seolah tak memahami,
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.


Setia mendengar, sentiasa hadir,
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir,
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal,
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal,
70 000 hijab harus kusingkap,
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap,
Dalam diam ada, seorang yang kupuja,
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna.


Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.


Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung, berkurung,
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput,
Komplikasi di halaman susuk kiri,
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.


Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan,
Jaga diri, jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci,
Ada sikit wang, itu saja baki,
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.


Aku kan pergi,
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.



1 comments:

aspirasimentor1 8:22 PM

phol12 September 2012 15:35
tuan-tuan budiman, jangan tambah dosa jika anda juga tidak sanggup mengubah bangsa.Jangan bijak menuding jari,jika tidak usul periksa. Terima kasih kerana kata-kata anda membakar semangat Jiwa pendidik kami.(Admin SK TAMAN BUNGA RAYA 1)