

Upin Dan Ipin - Episod 12 - Kisah Dan Tauladan
Rakan sekelas Upin dan Ipin tertanya-tanya tentang tangan Fizi yang berbalut. Fizi menceritakan apa yang berlaku malam sebelumnya. Cikgu Jasmin masuk ke kelas dan memulakan perbincangan tentang sebab dan ganjaran berpuasa. Kelas berkahir dengan mereka meminta maaf sesama mereka....
Upin Dan Ipin - Episod 11 - Lailatul Qadr
Upin dan Ipin belajar dari Opah tentang makna dan kepentingan Malam Lailatul Qadr. Mereka berdua telah berjanji yang mereka akan terus berada di dalam masjid selepas selesai solat tarawikh untuk membaca Qur'an dan berdoa, daripada bermain. Semasa tiba di surau, Ehsan dan Fizi mengajak mereka bermain mercun selepas solat. Bagaimanapun, Upin dan Ipin tetap ingin meneruskan rancangan mereka dan menunggu di dalam masjid. Sementara itu, bunyi mercun gegak gempita diluar.....
Upin Dan Ipin - Episod 10 - Tamak
Kak Ros membawa Upin dan Ipin ke Pasar Ramadhan. Sampai je kat Pasar Ramadhan, Kak Ros suruh mereka beli 1 jenis lauk je setiap seorang. Kesabaran mereka berpuasa diuji dgn berbagai hidangan ayam yang menyelerakan. Mereka juga bertemu dengan Mail, yang membantu ibunya di gerai menjual ayam goreng. Si kembar ni akhirnya membeli bermacam-macam juadah, semuanya ayam tetapi mampukah mereka habiskan hidangan itu..??