Upin Dan Ipin - Episod 8 - Anak Bulan

Pernah terfikir bagaimana nak tahu bila Ramadhan akan bermula..? Apa tanda-tandanya..? Begitu juga Upin dan Ipin... Sedang mereka seronok menunggu kedatangan Ramadhan, mereka bertanyakan kepada kakak mereka Kak Ros, yang menerangan bulan Ramadhan atau bulan puasa bermula apabila nampak anak bulan. Teruja dengan apa yang mereka baru dengar, adik-beradik kembar berpakat untuk untuk melihat anak bulan pada malam nanti, yang pastinya tak seperti yang mereka harapkan....

Upin Dan Ipin - Episod 7 - Tadika

Setahun sudah berlalu, dan Upin dan Ipin sekarang dah masuk tadika di Tadika Mesra. Mereka telah berjumpa ramai kawan baru tetapi masih rapat dgn kawan baik mereka. Fizi dan Upin, masing-masing bermain bersama labah-labah (spider) yang mereka bawa, sehinggalah kedatangan Cikgu Jasmin mengganggu permainan mereka. Semasa kelas, Cikgu Jasmin mengingatkan mereka tentang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, membuatkan Upin, Ipin dan rakan-rakannya bercerita mengenai pengalaman puasa mereka tahun yang sudah.

Ubah Gaya Hidup...!!!!

Kene ubah gaya sampai tahap macam ni kot



atau macam nih... hehehehhehe




memang sempoi....

Petrol, Diesel, Letrik & PAK LAH....

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.

Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.

Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.



Apo dayo... motong gotah... Apo nak dikato....

Sekarang ni ramai yg dijangka terkena penyakit LELAH gara-gara mengundi PAKLAH... Takpe, PENAWAR dah ada, marilah kita ramai-ramai menyokong ANWAR

Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya prihatin serta membantu mengurangkan beban rakyat, bukan menjadi punca kepada beban rakyat. Paling penting jangan jadi munafik.... Undilah lagi PAKLAH....

Ya Allah Ya Tuhan kami, andaikata tindakan ini menzalimi rakyat jelata negara malaysia, Kau jatuhkanlah pemimpin2 yang zalim itu dari tampuk kuasa.

Aminnn