Happy 7th Anniversary to us!

It's our 7th Anniversary...







Upin Dan Ipin - Episod 12 - Kisah Dan Tauladan

Rakan sekelas Upin dan Ipin tertanya-tanya tentang tangan Fizi yang berbalut. Fizi menceritakan apa yang berlaku malam sebelumnya. Cikgu Jasmin masuk ke kelas dan memulakan perbincangan tentang sebab dan ganjaran berpuasa. Kelas berkahir dengan mereka meminta maaf sesama mereka....


Upin Dan Ipin - Episod 11 - Lailatul Qadr

Upin dan Ipin belajar dari Opah tentang makna dan kepentingan Malam Lailatul Qadr. Mereka berdua telah berjanji yang mereka akan terus berada di dalam masjid selepas selesai solat tarawikh untuk membaca Qur'an dan berdoa, daripada bermain. Semasa tiba di surau, Ehsan dan Fizi mengajak mereka bermain mercun selepas solat. Bagaimanapun, Upin dan Ipin tetap ingin meneruskan rancangan mereka dan menunggu di dalam masjid. Sementara itu, bunyi mercun gegak gempita diluar.....


Upin Dan Ipin - Episod 10 - Tamak

Kak Ros membawa Upin dan Ipin ke Pasar Ramadhan. Sampai je kat Pasar Ramadhan, Kak Ros suruh mereka beli 1 jenis lauk je setiap seorang. Kesabaran mereka berpuasa diuji dgn berbagai hidangan ayam yang menyelerakan. Mereka juga bertemu dengan Mail, yang membantu ibunya di gerai menjual ayam goreng. Si kembar ni akhirnya membeli bermacam-macam juadah, semuanya ayam tetapi mampukah mereka habiskan hidangan itu..??


Upin Dan Ipin - Episod 9 - Adat

Upin dan Ipin berpuasa penuh setiap hari, tetapi tertanya-tanya kenapa cikgu mereka Cikgu Jasmin tidak berpuasa. Opah menyuruh Kak Ros untuk menerangkan kepada mereka mengapa orang perempuan di kecualikan dari berpuasa. Di waktu petang ketika mereka sedang bermain bersama kawan-kawan mereka, Opah telah meminta pertolongan Upin dan Ipin untuk menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Opah menerangkan tentang faedah bersedekah dan berbuat-baik di bulan Ramadhan kepada mereka. Apakah yang dibalas oleh Tok Dalang kepada mereka...?

Upin Dan Ipin - Episod 8 - Anak Bulan

Pernah terfikir bagaimana nak tahu bila Ramadhan akan bermula..? Apa tanda-tandanya..? Begitu juga Upin dan Ipin... Sedang mereka seronok menunggu kedatangan Ramadhan, mereka bertanyakan kepada kakak mereka Kak Ros, yang menerangan bulan Ramadhan atau bulan puasa bermula apabila nampak anak bulan. Teruja dengan apa yang mereka baru dengar, adik-beradik kembar berpakat untuk untuk melihat anak bulan pada malam nanti, yang pastinya tak seperti yang mereka harapkan....

Upin Dan Ipin - Episod 7 - Tadika

Setahun sudah berlalu, dan Upin dan Ipin sekarang dah masuk tadika di Tadika Mesra. Mereka telah berjumpa ramai kawan baru tetapi masih rapat dgn kawan baik mereka. Fizi dan Upin, masing-masing bermain bersama labah-labah (spider) yang mereka bawa, sehinggalah kedatangan Cikgu Jasmin mengganggu permainan mereka. Semasa kelas, Cikgu Jasmin mengingatkan mereka tentang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, membuatkan Upin, Ipin dan rakan-rakannya bercerita mengenai pengalaman puasa mereka tahun yang sudah.