Sedar tak sedar, dah masuk bulan Disember dah... dah ujung tahun dah... dan dalam tahun 2009 nih, aku berjaya menge'post' sebanyak 8 post (termasuk posting nih)... hahahhaha jauh berbanding farul* (21), sme* (38) dan rumet* (98).. apatah lagi la wife aku* (129).. hahhaha
Apa kene mengena isi post ni dgn tajuk post ni...?
Hehehehehe arrr lu pikir la sendiri...
aku malas nak pikir... hahahhaha
* as at 9.24pm, Dec 5, 2009
this post was sent using opera mini on nokia 5800 XpressMusic
Bila aku blok FarmVille kat opis..
Karangan UPSR : Aku Sebiji Bola
Aku Sebiji Bola
Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih berstatus getah keping aku telah dihantar ke England. Yang aku tahu, di Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Liverpool.
Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan kaki di Liverpool. Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia.
Dari pelabuhan aku telah dibawa ke sebuah kilang di pinggir kota Liverpool. Di sana aku telah dicairkan, dilenyek dan diacu bersama rakan-rakan getah keping yang lain. Dari satu mesin aku masuk ke mesin yang lain. Kami diberikan pewarna merah yang menyala. Aku suka.
Selang beberapa jam, akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah berubah bentuk dari sekeping getah ke sebiji sfera bulat yang dinamakan bola. Warna kami semua merah menyala. Kalau ikut orang Cina, memang manyak ong!
Seminggu duduk di dalam gudang, aku dan rakan-rakan lain akhirnya menerima kunjungan tetamu. Dua orang Yank bernama Tom Hicks dan George Gillett datang untuk membeli aku dan rakan-rakan. Tapi mengikut pesan Yank berdua itu, sebelum dibeli mereka mahu kami semua dicopkan dengan lambang seekor burung dengan perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’ di atasnya.
Aku kurang arif apa motif lambang tersebut. Mungkin satu pertubuhan ajaran sesat barangkali? Persatuan memuja burung kot? Tapi walau apa pun yang pasti aku suka dengan lambang baru yang dicop ke atas badan aku yang berbentuk sfera ini.
Selepas dicop, kami disimpan kembali ke dalam gudang hinggalah tiba hari yang dinantikan. Ya, di pagi Sabtu yang dingin bertarikh 17 Oktober 2009, aku bersama rakan-rakan yang lain telah dibawa keluar dari gudang untuk menaiki sebuah van. Kami meninggalkan kota Liverpool menuju ke destinasi kami yang baru, Sunderland.
Sebetulnya aku kurang pasti tujuan lawatan kami ke sana. Adakah lawatan sambil belajar? Atau lawatan sempena rumah terbuka Deepavali? Di dalam perjalanan aku tertanya-tanya. Seronok tapi berdebar-debar pun ada.
Selang beberapa jam perjalanan, aku akhirnya tiba di sebuah bangunan yang bernama Stadium of Light. Akhirnya baru aku tahu tujuan sebenar lawatan ini. Aku bakal dijadikan bola untuk satu perlawanan bolasepak.
Gembiranya rasa hati, Tuhan saja yang tahu.
Bersama rakan-rakan yang lain, kami dibawa masuk ke dalam stadium. Tapi harapan aku untuk dijadikan bola perlawanan dan disepak terajang oleh 22 lelaki di atas padang terbantut. Aku tidak dimasukkan ke dalam padang, sebaliknya di letak di satu bahagian stadium yang dikhususkan untuk Scousers dari Liverpool.
Apa barang? Jatuhlah status aku sebagai sebiji bola yang berwarna merah dan bercopkan seekor burung dengan kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’.
Jiwa aku sedikit kacau. Sedih bercampur hiba. Hajat di hati mahu jadi bolasepak tapi rupa-rupanya taraf aku hanyalah sekadar bola suka-suka, dilambung-lambung, ditepuk-tepuk dan dilonjak-lonjak oleh sekumpulan Scousers yang mabuk Carlsberg. Aku pasrah.
Tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah bola pastinya warna merah menyala. Sedang aku dilambung-lambung akhirnya aku jatuh ke tangan seorang budak lelaki Scouser yang sangat teruja. Aku bajet, budak seekor ini baru kali pertama menjejakkan kaki di stadium.
Aku kenyit mata dan berikan satu bisikan jahat kepada budak Scouser ini. Aku suruh dia campak aku masuk ke dalam padang. Budak Scouser yang bebal ini akur dengan hasutan jahat aku. Rilek-rilek dia lambung aku masuk ke dalam padang.
Wah, aku teruja. Tiba-tiba aku sudah berada di dalam padang. Betul-betul depan seorang mamat berbaju kuning yang kepalanya botak dan bulat. Kepala dia sebiji bentuknya macam aku. Nama dia Pepe Reina rasanya.
Aku senyum kat Pepe Reina. Dia buat tidak endah. Sombong. Baghal. Tapi aku buat dek. Orang tak suka, aku pun tak sudi.
Sedang aku meloncat-loncat seronok di depan Reina itu, tiba-tiba aku nampak kelibat seorang lelaki berkulit hitam dengan sebiji bola putih di kakinya. Ada kawan! Aku teruja.
Bola putih yang bernama Nike T90 Ascente itu terbang menuju ke arahku. Mungkin dia pun seronok jumpa kawan di tengah padang. Kami berdua tersenyum dari jauh. Semakin lama dia semakin hampir. Laju pula terbangannya. Tiba-tiba aku gelabah, mamat ni takde brek ke?
Kami bertembung. Bola putih itu terbang ke bahagian kiri mamat botak bernama Reina sementara aku pula terbang ke bahagian kanan.
Kawan baru aku, si bola putih itu, terus masuk ke dalam gawang gol. Aku pula kerana sedikit gemuk tetapi ringan terbang perlahan-lahan ke luar padang. Tapi sebelum jatuh di luar padang aku sempat jeling pada mamat botak bernama Reina itu. Dia renung ke arah aku, bukan bola putih.
Hehe, walaupun gemuk tapi warna merah menyala aku tetap menjadi daya penarik. Bukan setakat Reina, malah lensa kamera DSLR dan juga kamera televisyen semua fokus kepada aku. Berbilion penduduk dunia menyaksikan aku secara langsung. Dari United Kingdom hinggalah ke Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia.
Esoknya, gambar aku termpampang di dada-dada akhbar seluruh dunia. Dari mamat mabuk Carslberg yang kecewa di sebuah pub di kota Liverpool hinggalah ke pengadil-pengadil EPL yang diiktiraf FIFA, semua orang bercakap pasal aku. Dalam sekelip mata, aku jadi terkenal.
Akhirnya, barulah aku faham maksud tersirat kata-kata yang tertera di atas badan bulat aku ini. Ya, aku kini tidak lagi keseorangan, seluruh dunia sudah kenal siapa aku.
‘You’ll Never Walk Alone’. Aku percaya. Aku ialah sebiji bola. Yang tidak lagi keseorangan.
(894 patah perkataan)
Resepi - Roti Jala
Pelikkan... sebab apa pelik...? sbb posting aku kali ni pasal resepi... Cara membuat Roti Jala... ye la, memandangkan esok kat opis tu ada jamuan raya @ rumah terbuka PKI... staf-staf atau warga PKI kene potluck bawak juadah... dan aku plak, walaupon bukan staf PKI, tetapi tetamu tetap atau penyibuk kat PKI tuh... hahahhaha so, sbb aku suka sangat menyibuk dan buat havoc kat bilik PKI tu, aku kena la jugak bawak apa yg patut.. hahahhaha
ni la resipinya...
ROTI JALA
1.) 500g tepung gandum
2.) 5 biji telur ayam omega PLUS
3.) 1 tin susu isian sejat @ susu cair cap F&N (kalo takde susu cair, pakai susu yg kadar kecairannya lebih kurang sama pon boleh..
agaknya la)
4.) sedikit garam secukup rasa
5.) sedikit kunyit serbuk sebagai pewarna
6.) air yg dimasak (jgn pakai air paip tau...)
7.) Daun pandan untuk menaikkan aroma
Cara membuat :
1.) Gaulkan tepung gandum, telur dan susu hingga sebati. pastikan gaul dalam bekas, bukan atas lantai... dan pastikan jugak gaul guna senduk atau sudu, jgn pakai tangan apatah lagi kalo pakai kaki.... susu tu isi satu tin sampai abis, jgn tggl setitik pon... pastu korang gaul la macam korang gaul ramuan nak buat kuih baulu...
2.) Bila dah selesai gaul, sebatian tadi akan di blend dulu dalam blender... ini untuk memastikan yg sebatian tadi betul-betul sebati... juga untuk memastikan yg sebati tadi betul2 cair, tiada ketul-ketulan... (peringatan : blend pakai blender, jgn pakai mesin basuh atau mesin dryer)
mangkuk kat atas tu bertindak sebagai penutup blender, sbb tutup asal dia dah ilang daaaaaaaa....
3.) bila dah blend, tapis dulu sebatian tadi... ini untuk memastikan ketulan-ketulan degil tiada... sila tapi pakai tapis yg bersesuaian... jgn pakai tapis nak buat teh @ kopi macam kat kedai mamak tu... rupa pon dah macam stoking... hehhehehe
4.) Panaskan kuali dgn kepanasan yg rendah... kira pakai api kecik laaaa.... sapukan minyak masak di permukaan kuali dgn menggunakan daun pandan... ini adalah untuk mengelakkan sebatian tadi melekat kat kuali, dan juga untuk menaikkan aroma roti jala yg akan dihasilkan nnt...
5.) Ni part yg paling susah... ramai yg failed kat part ni... PART MENJALA... dgn menggunakan bekas khas, sebatian tadi di"jala" diatas kuali tadi... semasa menjala nih, pastikan sebatian tadi mengalir dgn tenang dan gembira.... jgn putus-putus... sbb kalo putus, tak jadi roti jala dah.. dia jadi roti kirai... hahahhaah...
6.) biarkan sebatian tadi di atas kuali sehingga masak, biasanya kejap je... dalam 10-15 saat atas kuali masak dah... waktu ni jgn ngada-ngada nak gi tgk "Jgn Lupa Lirik" ke... "Kelab Pop" ke... "Macam2 Aznil" ke... memang tak sempat punya... kang tak pasal2 roti jala hangus...
7.) Bila dah masak tu, terus lipat dan gulung untuk membentuk roti jala... macamana nak tau dah masak...? haaaa.. memulakan sebatian tu kan cair.. bila korang tgk dah tak kering dan takde cairan, tu bleh la dikategorikan sebagai dah masak....
8.) Ulang langkah no 5 dan 6 sampai la abis sebatian yg korang buat tadi tuh... biasanya, bahan-bahan dgn kuantiti sama seperti diatas boleh buat antara 60-80 keping roti jala... hahhahaha
9.) yg ni langkah paling senang... bila dah siap... MAKAN laaaaaaa.... errr kuah dia..? kuah dia org lain yg buat... aku tunjuk resipi roti jala jeee...... biasanyanya makan dgn kuah kari.... kari daging ke, kari ayam ke... kari kambing ke... kalo nak makan dgn karipap pon bleh...
(Gambar Hiasan : ni bukan chef... ni pembantu chef, kira menyibuk jugak laaa... kalo nak tau mana satu chef, tu kat step 5 & 7 ada tangan dia..)
Selesai la cara2 membuat roti jala... senang kan...? korang try la buat sendiri nak tau senang ke tak senang.. terutama part menjala tuh... ekekkekeke..
&
SELAMAT MAJU JAYA....
Al-Fatihah
Al-Fatihah untuk arwah sepupu aku Mohd Firdaus Zakaria yg ditemui meninggal dunia akibat lemas pada hari Sabtu 29 Ogos bersamaan 8 Ramadhan... Semoga rohnya dicucuri rahmat...
Tak tempah baju raya
Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang ibu tidak menyangka perubahan sikap anak lelakinya mahu menyerahkan wang gaji dan enggan menempah baju Melayu menjelang Aidilfitri seperti petanda anaknya akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.
(Gambar - PILU... Abdul Aziz Baba (tengah - bertopi) membawa mayat anak saudaranya yang lemas. Gambar kecil, Mohd Firdaus.)
Mohd Firdaus Zakaria, 20, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah, ditemui mati lemas di Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mangsa yang berasal dari Kampung Lubok Redan, Balek Hutan, Masjid Tanah, dilaporkan hilang sejak petang kelmarin.
Ibunya, Miri Endut, 52, berkata arwah memaklumkan permintaan terakhirnya ketika ditanya berkaitan persiapan Aidilfitri.
“Saya bertanya adakah dia tidak mahu menempah baju Melayu. Balasnya, malas hendak tempah dan mahu memakai semula baju Melayu lama dengan alasan ia dipakai hanya sekejap.
“Arwah turut mengatakan dia akan menyerahkan gaji bakal diterimanya pada 7 September ini untuk simpanan makcik selain belanja membeli makanan menjelang Aidilfitri. Makcik minta dia guna wang itu untuk beli baju serta kasut tetapi dia enggan,” katanya pilu.
Miri berkata, seorang saudara dalam keluarga mereka ada memberitahu, kebelakangan ini arwah sering mengadu mengenai kesukaran hidup dialaminya.
“Saudara itu menegur perbuatannya yang asyik menyebut mahu mati saja kerana ia tidak baik. Saya tidak sangka kematiannya akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu bapa mangsa, Zakaria Salleh, 52, berkata anaknya yang juga anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) pendiam tetapi sangat baik terhadap keluarga.
Difahamkan, operasi mengesan mangsa dimulakan selepas solat Jumaat apabila seorang penduduk memaklumkan penemuan motosikal, topi keledar dan selipar mangsa berhampiran jambatan di tebing sungai.
Saksi, Mohammad Yatim Ab Ghani, 55, terserempak sebelum menegur mangsa supaya pulang ke rumah selepas melihat dia baring di tebing sungai sebelum solat Jumaat.
Namun, selesai solat, Mohammad Yatim gagal mengesan mangsa, sebaliknya menemui barangan berkenaan di sana. Dia terus meminta rakan mangsa menghubungi keluarganya.
Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Alor Gajah, Asisten Superintendan Rosli Jusoh, berkata mayat mangsa ditemui jam 9.40 pagi semalam kira-kira 150 meter dari jambatan dalam keadaan meniarap.
“Polis masih menyiasat punca kematian dan setakat ini ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diterima,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/m ... index_html
Happy 30th Birthday
Ganbare Kickers..!!
Last posting aku citer pasal rock kapak kan... jadi hari ni aku nak citer lagi pasal zaman aku kecik-kecik, kali ni pasal citer kartun... Masa aku sekolah rendah, banyak giler kartun yang aku minat... Kalo korang ingat la, ada Voltron, Thundercats, Silverhawks, G.I. Joe, Saber Rider, Tosho Daimos, Mask, Carebears, Transformers (yeah, citer ni dah ada zaman aku kecik2 lagik) dan banyak lagi la....
Tapi dalam banyak-banyak citer katun nih, ada satu citer yg aku giler b4b1s minat, tajuk dia "Kickers"... citer katun pasal bola sepak... AKU SIAP RECORD DALAM VIDEO TAPE LAGI CITER NI (3 tape, tapi dah hilang... tape ke-3 ada lagi kot, kene cari)..... watak utama dia kakeru (Kakeru Daichi), sorang budak yg power giler main bola dan dia pindah sekolah & join team bolasepak paling caplez la kat tempat dia.... nama team tu "Kitahara Kickers".... team ni tak penah menang walau 1 game pon, nak score sebijik gol pon payah... tapi dgn kehadiran kakeru ni, team tu semakin improve dan menjadi salah satu team yg kira kuat gak la kat area tuh... antara nama yg aku ingat, masaru (golkeeper), Kenta (yg berlagak tu), Tetsuya, Mamoru (yg tinggi cam galah tuh), Manabu (yg pakai spek), Hideo (rambut biru), Taichi (yg gemuk terer throw-in).... pastu dia punya rival, team Nanyon... kapten dia Uesugi, golkeeper paling terer dalam alam maya pada nih... Fuhhh best giler citer nih.... Dulu tuh hari ahad kul 5pm memang lekat kat umah laaa...
Rock Kapak
Fuh... tadi aku duk layan youtube... lagu-lagu rock lama nih... ataupun org kata Rock Kapak... bila layan lagu-lagu camni, teringat la time zaman sekolah dulu... time hujung 80an ke awal 90an... zaman yg aku rasa paling best... apa yg best..? ntah la... dia punya best tu sampai tak tau camna aku nak katakan best dia... hanya yg penah merasa je yg tau camna best dia...
So, untuk lagu pertama... aku letak lagu nih...
Teja - Kenangan Di Taman Cinta
lagu lagu rock dulu memang camni... citer pasal cinta... fuuyyyyoooo rockers layan jiwang... tapi tu fakta... dan lagu-lagu camni masih bermain kat kepala hotak nih....
lagu skang..?? kebanyakannya hampeh.... banyak lagu indon jeee....