Setahun sudah berlalu, dan Upin dan Ipin sekarang dah masuk tadika di Tadika Mesra. Mereka telah berjumpa ramai kawan baru tetapi masih rapat dgn kawan baik mereka. Fizi dan Upin, masing-masing bermain bersama labah-labah (spider) yang mereka bawa, sehinggalah kedatangan Cikgu Jasmin mengganggu permainan mereka. Semasa kelas, Cikgu Jasmin mengingatkan mereka tentang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, membuatkan Upin, Ipin dan rakan-rakannya bercerita mengenai pengalaman puasa mereka tahun yang sudah.
Upin Dan Ipin - Episod 7 - Tadika
Petrol, Diesel, Letrik & PAK LAH....
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Apo dayo... motong gotah... Apo nak dikato....
Sekarang ni ramai yg dijangka terkena penyakit LELAH gara-gara mengundi PAKLAH... Takpe, PENAWAR dah ada, marilah kita ramai-ramai menyokong ANWAR
Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya prihatin serta membantu mengurangkan beban rakyat, bukan menjadi punca kepada beban rakyat. Paling penting jangan jadi munafik.... Undilah lagi PAKLAH....
Ya Allah Ya Tuhan kami, andaikata tindakan ini menzalimi rakyat jelata negara malaysia, Kau jatuhkanlah pemimpin2 yang zalim itu dari tampuk kuasa.
Aminnn
Percutian Keluarga
Esok kitaorg sekeluarga nak gi bercuti... saja nak bawak ayen & huda jalan-jalan... bukan jauh mana pun... pegi Tiara Beach Resort, Port Dickson jeee.... Memandangkan org umah dah beria-ia ajak, dan dah book pun Family Deluxe Suite kat sana, guna kredit kad dia dengan 50% diskaun, jadi aku pun ikut je laaaa... lagipun sempena kete dah dapat roadtax kan, setelah sekian lama menunggu...
Tapi yg menjadi masalah, aku telah bersetuju nak pegi padahal aku dah plan lama nak pegi tgk Match-of-the-season atau Clash-of-the-Table.... Selangor vs Kedah kat Stadium Shah Alam... bleh plak aku terlupa pasal game nih... dah la tu, pastu ada meeting Persatuan plak.... dah la aku yg kene inform AJK lain suh hadir, tapi aku lesap... wakakkakakaa....
So, berjumpa lepas aku bercuti nnt...

