Kene ubah gaya sampai tahap macam ni kot
atau macam nih... hehehehhehe
memang sempoi....
Petrol, Diesel, Letrik & PAK LAH....
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Apo dayo... motong gotah... Apo nak dikato....
Sekarang ni ramai yg dijangka terkena penyakit LELAH gara-gara mengundi PAKLAH... Takpe, PENAWAR dah ada, marilah kita ramai-ramai menyokong ANWAR
Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya prihatin serta membantu mengurangkan beban rakyat, bukan menjadi punca kepada beban rakyat. Paling penting jangan jadi munafik.... Undilah lagi PAKLAH....
Ya Allah Ya Tuhan kami, andaikata tindakan ini menzalimi rakyat jelata negara malaysia, Kau jatuhkanlah pemimpin2 yang zalim itu dari tampuk kuasa.
Aminnn
Percutian Keluarga
Esok kitaorg sekeluarga nak gi bercuti... saja nak bawak ayen & huda jalan-jalan... bukan jauh mana pun... pegi Tiara Beach Resort, Port Dickson jeee.... Memandangkan org umah dah beria-ia ajak, dan dah book pun Family Deluxe Suite kat sana, guna kredit kad dia dengan 50% diskaun, jadi aku pun ikut je laaaa... lagipun sempena kete dah dapat roadtax kan, setelah sekian lama menunggu...
Tapi yg menjadi masalah, aku telah bersetuju nak pegi padahal aku dah plan lama nak pegi tgk Match-of-the-season atau Clash-of-the-Table.... Selangor vs Kedah kat Stadium Shah Alam... bleh plak aku terlupa pasal game nih... dah la tu, pastu ada meeting Persatuan plak.... dah la aku yg kene inform AJK lain suh hadir, tapi aku lesap... wakakkakakaa....
So, berjumpa lepas aku bercuti nnt...
Yang Best, Yang Tak Best dan Yang Derhaka
Yang Best
Man Utd menang malam tadi... 3 bijik tu bantai liverpool.... bukan sikit tuh... Gol hasil jaringan Wes Brown (When United opened the door against Liverpool, the identity of the first scorer caught Carrick by surprise. "It was mad to see Wes (Brown) up there, I was a bit shocked it was him when the goal went in," - Michael Carrick),Ronaldo & Nani..... Mascherano kene kad merah, sbb bengap sangat... dan nampak Torres kene kuning sbb membantah keputusan pengadil, bleh plak dia lari dari tgh nak bantah.... amik ko obat, kene merah... hahahahha torres lak duk korek idung jeeee... dan van der sar plak duk kat goalpost, bukak laptop main CS... hahahhaaahah
Masuk opis dapat email dari HR... BONUSSSSSSSSS........ tapi tak tau la aku dapat berapa untuk appraisal...
dapat park kete kat P3... takyah bayo rm5 lagik...
Yang Tak Best
Chelsea kalahkan arsenal... aku kalo bleh nak dorang draw jeee.. ekekekekkeke
Badan tak sihat, rasa sakit2 je badan.... tekak pon sakit... rasa macam nak demam pon ada... rasa malas nak gi keje, tapi sbb nak ngutuk bebudak liverpool punya pasal, gagahkan je laaa... hahahahha (niat tak baik, patut ka demam)...
Jalan jammed giler.... masuk tol UPM, lepas je hentian Serdang dah sangkut... giler lama, dapat gak lepas tol Sg Besi 1 jam 30 minit selepas tuh...... elok je lepas tol sg besi, PLUS bukak pembahagi jalan.... aku pun U-Turn, sbb jammed sampai ke KL... bayangkan kalo dari tol UPM ke tol Sg Besi pon amik masa sejam setengah.... camna la agaknya dari tol sg besi nak ke desa waterpark..?? dah U-Turn tuh, masuk balik hiway, kuar kat tol UPM.... dari tol UPM ke Mid-Valley amik masa 15 minit je ikut BESRAYA.... demmm.....
PUNCA JAMMED... Terowong SMART ditutup...
Yang Derhaka
Bila ketua roket kuar statement suh boikot majlis anugerah bintang-bintang poplar kat negeri silverware sebab ketua roket tak setuju dgn penganugerahan ketua pelajar, org-org dalam parti Luk kata ketua roket derhaka pada sultan.... tapi bila ahli-ahli parti Luk boikot majlis anugerah yg sama kat negeri penyu, sebab tak suka dgn ketua pelajar yg dilantik oleh sultan, dikatakannya ketua pelajar derhaka pada parti Luk.... yg dorang ni tak sedar ke dorang DERHAKA pada SULTAN...
betul la pepatah melayu... "Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih"
dan bak kata TDM "Melayu mudah lupa"
